Kelab Suka Belajar
Serba sedikit info tentang kelab ini. Kelab ini telah dilaksanakan oleh para pelajar tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (binaan bangunan) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta Teknologi (eletrik dan eletronik) Universiti Teknologi Malaysia. Kelab ini diasaskan oleh seorang pensyarah, Dr. Shahrin bin Hashim dan ianya memulakan penapakan di Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Skudai Johor.
Program ini bertujuan memberi murid-murid inspirasi dan motivasi untuk belajar. Selain itu, aktiviti belajar dilakukan secara berkumpulan melalui perancangan displin dan jadual waktu yang tetap. Tambahan pula, suasana belajar yang kondusif dan aktiviti belajar yang santai. Kelab belajar ini ditubuhkan supaya adik-adik dapat belajar dalam suasana yang santai. Kelab belajar ini ditubuhkan supaya adik-adik dapat belajar dalam suasana yang gembira tanpa ada tekanan di samping menambah ilmu pengetahuan dengan mendalam seperti kata orang “study smart and don’t study hard”. Akhir sekali, program ini menggalakkan murid-murid belajar atas minat rasa ingin tahu yang berterusan.