Baca dulu baru faham...
Simpan di hati bukanlah jalan penyelesaian yang mudah kerana penyimpanan itu boleh membawa padah. Mengapa perlu menyimpannya jika diri mampu untuk meluahkan? Takut? Itu perasaan yang biasa kita dengari, tetapi tahukah kita bahawa simpan di hati boleh mengundang penyakit yang membawa maut. Sebagai contoh kita pedih dengan dengan sesuatu situasi tetapi kita takut untuk luahkan, jadinya automatik ia akan tersimpan di hati. Semakin lama ia disimpan perasaan dendam akan timbul. Dendam pula satu perasaan yang perlu dielak kerana dendam boleh mengubah kita untuk bertindak ke arah negatif. Apabila sesuatu tindakan negatif telah kita lakukan, maka perasaan menjadi puas dan menyebabkan kita mengulangi perkara yang sama sehingga tanpa disedari kita terjebak dengan keadaan yang tidak mengizinkan. Rugilah diri apabila masa yang ada kita pergunakan ke arah negatif. Oleh itu hari ni cikgu ajarkan bagaimana untuk mengawal diri kita agar tidak merasa tertekan dengan sesuatu masalah.
1. Saat kita marah cuba bertahan seketika dan minum air kosong. Hal ini kerana air kosong boleh menambahkan oxygen dalam badan dan mengurangkan kemarahan yang sedang membuak.
2. Ibu bapa. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa tak salah jika kita menceritakan masalah kita kepada mereka. Walaupun mereka tidak mampu mengambil apa-apa tindakan sekurangnya mereka ada disaat kita memerlukannya. Kuasa yang ada pada ibu dan bapa ini berbeza daripada rakan-rakan kerana nasihat yang diberikan amatlah memberi kesan dalam kehidupan.
3. Kawan / rakan / sahabat. Kalau yang ni cikgu tak nak tekankan sebabnya kadang-kadang kawan / rakan / sahabat bukanlah boleh dipercayai sangat. Hadapan kita pijak semut pon tak mati tapi belakang kita? Macam-macam yang diperceritakan, tetapi jika awak yakin dengannya tak salah untuk meluahkan. Cuma jangan satu hari nanti apabila kamu berpisah, dia mencanangkan setiap cerita yang berlaku terhadap kamu kepada orang lain.
4. Istighfar. Sebagai umat islam, mengingati Allah itu adalah jalan terbaik untuk menghilangkan segala rasa sakit tak kira sakit di luar mahupun dalaman.
5. Lebih baik lagi ambillah wudhu dan lakukan solat sunat agar hati sentiasa tenang. bercerita dan mengadulah kepadaNya jika tidak mampu untuk menceritakan kepada orang lain. Alangkah indahnya bila kita sentiasa menceritakan masalah kita kepadaNya kerana Dialah yang memberi dan menurunkan ujian kepada kita dan Dia jugalah yang menarik dan menyelesaikan setiap persoalan yang timbul. Ingat bahawa Allah menguji kita kerana Dia sayangkan kita.
Semoga ilmu yang cikgu berikan ini sedikit sebanyak dapat membantu kalian dalam menangani masalah yang sedang dihadapi.
#cikgujugamanusiabiasa
#cikgujugatelahmelaluinya
#inilahpengalamancikgu
#cikguhanyaberkongsi