Indahnya sebuah buku

Kian lama sudah ku menghilang tanpa khabar berita. Kini aku di tahun 3 jurusan ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (binaan bangunan). Setahun lagi aku akan bergelar graduan UTM. Sungguh pantasmasa berlalu. Teringat aku di zaman sekolah rendah, menengah, politeknik. Pelbagai cubaan dan dugaan aku tempuhi untuk capai ke tahap ini. Namun siapa sangka impian yang diinginkan untuk menjejakkan kaki di tanah lain bakal menjadi kenyataan. Ye! Seminggu sahaja lagi aku akan berangkat ke Indonesia untuk mengikuti kursus cmp international di sana. Aku tahu peluang ini hanya sekali seumur hidup dan aku tahu aku harus lebih banyak membaca dari sebelumnya. Perlahan-lahan aku ingin menanamkan semangat membaca dalam diri. Tidak kira apa jua bacaan sama ada dari segi majalah, surat khabar, buku cerita atau sebagainya. Aku sedar sejak d bangku persekolahan aku dan buku tidak pernah rapat. Tetapi kini aku ingin jadikan buku sebagai peneman setia.

Buku
Sebuah benda yang boleh membawa seseorang ke alam lain iaitu alam khayalan. Di saat kita membaca dengan penuh ketelitian dan kefahaman pasti akan ada sekelumit perasaan yang membawa kita ke arah itu. Dan dari situ juga dengan perlahannya kehidupan akan berubah kerana terikut akan pembacaan buku tersebut. Terlalu banyak istimewanya buku ini. Antaranya buku boleh bermain dengan emosi kita, buku juga boleh membantu menyelesaikan masalah, buku boleh dijadikan teman di kala sunyi dan sepi, buku boleh menjafi musuh tegar jika isi kandungannya salah, buku membawa seseorang ke alam fantasi, buku kadangkala memahami gerak langkah kehidupan kita, buku adalah segala-galanya. Indahnya buku terletak dalam diri setiap insan yang memegang mahupun membacanya. Ada sesetengah orang hidup berpandukan bacaan buku, ada juga yang langsung tidak menyentuh buku itu. Namun siapa sangka buku adalah teman yang paling istimewa. Jadi segeralah bangkit mencari buku. Bacalah buku sehingga diri mencapai apa yang dihajati. Bacalah buku sebagai bukti cinta kepada ilmu bacaan. Bacalah buku untuk membawa diri ke arah yang lebih maju di era kemajuan.

Popular Posts