I can't stand anymore

I can't stand with this feeling anymore.
Perasaan yg sangat bercelaru. Takut, sedih, marah, gembira semuanya bercampur baur dalam diri ni. Apa yang diinginkan pon ntah laa tapi apa yg pasti terasa sangat sunyi. Aku kenal siapa aku. Ada satu hal yg aku kurang sejak dahulu iaitu kasih sayang. Aku merasakan sekarang aku ingin bermanja dan ingin dimanja. Apa semua tu? Maksudnya aku perlukan seseorang. Seseorang yg boleh memahami aku, sentiasa ada saat aku perlukan, tak pernah meninggalkan aku, dan paling penting sangat menjaga aku. Tp siapa yg mampu lakukan semua tu? Tiada. Kadang2 aku sampaikan mengalir air mata sebab terlalu sunyi. Walaupun ada yg cuba untuk hiburkan hati tapi keadaan yg sunyi tak pernah padam. Malah aku hanya mampu gelak ketawa dengan tidak ikhlas. Saat aku sunyi, aku suka meluahkan perasaan dengan menaip atau menulis sesuatu ibarat seperti aku menceritakan apa yg tersimpan dalam hati ke diari hidup.

Hari ni 25 nov 2017. Tinggal sebulan sahaja lagi dah masuk tahun 2018. Masa berlalu begitu pantas tapi aku masih belum dapat apa yg aku inginkan. Impian kita boleh kecapi tapi keinginan belum tentu kita boleh perolehi. Keinginan adalah satu perkara yg mustahil untuk aku dapatkan. Mungkin pada orang lain ianya mudah. Apa keinginan aku? Mcm yg aku katakan tadi lah. Aku mahu bermanja dan ingin dimanja. Bagi aku mudah, sekiranya seseorang itu sentiasa perlukan belaian bermakna dia seorang yg tak pernah merasai apa itu belaian. Tapi sekiranya seseorang itu tidak gemar akan belaian dan manja bermakna seseorang itu takut akan akibat yg akan datang. Maksudnya? Akibat yg akan datang adalah seseorang itu takut kehilangan org yg menyayangi dy sepenuh hati.

Kenapa aku diam selepas taip ayat tu?

Popular Posts