Hati
Kadang kala tak semua yang kita impikan kita akan dapat. Ada yang sekian lama menanti masih jua tidak mendapatkan. Ada juga yang tidak mahu menerima tapi dengan mudah memperolehinya. Inilah dunia. Allah meletakkan setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Begitu juga dengan hati kita. Hati ni kalau di jaga rapi, dibersihkan dengan kemurniaan, insyaAllah pasti kebaikan yang menguasai diri. Tapi jika sentiasa melakukan kejahatan dan lupa akan kehendak Allah, maka hitamlah hati kita.
Allahuakbar!
