Buntu

Melihat gelagat orang di sekeliling tempat makanan berhadapan hospital serdang ini. Terlihat seorang ayah menjaga anak perempuannya dengan sangat tertib dan kasih. Apa yang dimahukan anak diturutinya. Melayan kerenah anak dengan berbual dan beramah mesra. Terbayang wajah ayah semasa diri ini masih kecil. Ayah tidak pernah lelah melayan kerenah aku yang nakal. Ayah tempat diri ini mengadu kesakitan. Ayah di mana aku mahukan kemanjaan. Ayah adalah segalanya bagiku. Kini beliau terlantar di hospital menahan setiap kesakitan. Dia mengaduh aku segera bangkit seperti mana dia merawatiku saat aku jatuh sakit dahulu.

Terkadang jua aku terfikir, apakah bakal suamiku kelak akan berkelakuan sepertinya? Melayan segala kerenah anak kami kelak? Adakah dia mampu lakukan seperti ayah lakukan kepadaku? Bolehkah dia melayan setiap kerenah aku seperti ayah melayanku? Mampukah dia menerima setiap kekurangan yang ada dalam diri ini? Satu persatu timbul dibenak fikiran seperti tidak yakin untuk menempuh hari mendatang. Masih belum bersediakah aku? Atau aku cuma menidakkan takdir yang akan datang?

Popular Posts