AKU GAGAL !

28/2/2018
Hari ni miggu ke -3 aku mengajar dekat Kolej Vokasional Mad Zin ni dan aku rasa sangat down sangat2! Sebab aku masih tak boleh nak kawal kelas lagi. Budak2 ramai tidur, beborak sesame sendiri, buat hal masing2. Lepas tu kadang2 tedengar bunyi pelajar mengeluh. Tadi ada seorang pelajar siap bising2 sebab dah terlalu bosan. Aku terpaksa marah diorang padahal cara pengajaran aku yang membosankan. Aku dah cuba pelbagaikan aktiviti pengajaran. Tapi pelajar langsung tak tunjukkan minat. Aku tahu aku ni sepsis baran jd nya budak2 jd mangsa. Aku rasa cara pengajaran aku tersangat teruk. Penerangan yang sangat teruk. Pembentangan yang agak kusam. Rasa macam nak nangis. Aku dah buat RPH, and aku cuba nak follow apa yang aku rancangkan. Tapi bile kelas tidak mencukupi, segala rancangan aku gagal. Masuk kelas aku jd blurr dan aku ta de idea nak mengajar style mcm mana. Ya Allah! Betul kea pa yang aku lakukan ni? Aku dah cuba tapi aku tak sekuat sebelum ni. Budak2 semakin nakal dengan aku. Budak2 dah mula nak memberontak. Ye betul mmg aku follow rules, aku follow topic pembelajaran, aku follow aktiviti yang perlu aku buat tapi bila masuk ke kelas semua nya jd kelam kelibut dan ibarat macam ta de perancangan pengajaran. Serius aku katakan, aku gagal hari ni. Tak perlu ada guru pembimbing, dan ta perlu ada pensyarah pembimbing. Aku sendiri dapat rasakan aku GAGAL !!! :’(



Popular Posts