Sepi dan Rindu
Dah lama rasanya aku menyepi dari diari blogger ni. Kadangkala rindu jua untuk menulis kenangan-kenangan indah dan pahit yang aku tempuhi cuma ianya tak terluah dek kata-kata. Apa yang mampu hanya cerita dalam diam dan di pendam terus masuk ke dalam. Ya! Memang sakit dan pedih tapi apa yg aku boleh buat? Nak berdepan dengan apa sahaja aku ta mampu lakukan. Inikan pula nak meluahkan. Maafkan aku jika aku alpa mencarimu sedangkan telah ku berjanji untuk setia bersamamu selamanya.
