Mulai Terbuka

Hari ni 27 June 2019 (Khamis),
Hampir setengah dr beban rasa terbuang sehingga air mataku ta dapat menahan sebaknya hati ni. Sedikit demi sedikit aku membuka kisah2 yang membebani benak fikiranku sejak di zaman persekolahan. Aku menceritakan pada abang ketiga ku Mohamad Izwan (Am). Tidak ku tahu reaksinya di saat aku meluahkan apa yang terbuku di hati kerana kami berhubung melalui mesej di whatsapp. Jujur aku katakan, aku tak mampu untuk meluahkan melalui kata2 lisan tetapi aku hanya mampu luahkan melalui kata2 penulisan seperti yang sering ku tuliskan dalam blog ini. Segalanya adalah dr pengalaman yg aku sendiri rasai. Kemanisan dan kepahitan yg aku sendiri kecapi sepanjang 26 tahun hidup. Aku ingin melupakan kisah lama dengan membuangnya dr kotak ingatan. Biarlah kisah2 tersebut tersemat di dalam blog ini sahaja. Sekiranya aku pergi menghadap Illahi, blog ini dijadikan saksi dr setiap apa yg aku rasai. Maafkan nana jika kesemua kata2 di dalam ini ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Na cuma inginkan kehidupan yg bahagia tetapi bukanlah bermakna na perlukan org yg sempurna. Na sedar tiada yg sempurna di bumi Allah ini. Sekali lg minta maaf atas salah silap sepanjang perkenalan.

SELMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Popular Posts