Buntu~

Aku tak tahu nak cakap macam mana. Fikiran bercelaru, serabut, buntu semua ada. Keputusan nak berhenti ditolak lagi. Aku tak pandai nak bagi alasan. Aku tak pandai nak menipu. Aku lost. Apa yang aku tahu cuma berdiam diri dan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Ya! Memang membazir semua tu tapi aku betul² lost. Aku tak tahu apa yang ada dalam otak dan fikiran ni. Tindakan atau langkah yang perlu aku lanjutkan pon masih dalam keadaan hilang. Inikan pulak nak suruh buat sesuatu keputusan yang entah mana datang hujung pangkalnya. Kadang² terasa ianya datang tiba-tiba. Kadang² terasa ianya datang by flow yang ditetapkan. Nak bercerita ke orang pon mulut terkunci rapat. Tak mampu nak mengeluarkan suara dan pendapat. Apa yang aku tahu cuma 'ya' dan 'tidak'. Tak tahu nak cakap apa, tak tahu nak buat apa. Tapi orang sekeliling tak faham. Bila aku diam katanya sombong. Bila aku hilang dikatanya lari dari kenyataan. Bila aku becakap dikatanya konon banyak ilmu. Arghhhhhh! 




Popular Posts