Lagi

'KELUARGA'

Itu sahaja yang mampu dibicarakan. Nak elobrate panjang takut tak lepas nak post. Ermm. Apa yg boleh aku katakan perkara yg aku simpan sejak umur 14tahun bukan sesuatu yang mudah untuk dipadam dari kotak ingatan. Even satu hari nanti aku hilang ingatan sekalipun pasti isu tu akan timbul semula hanya dengan sekali imbas ataupun melalui kata² yang akan aju dengari lagi dan lagi. Kenapa bukan mereka aku ceritakan dan mesti orang luar? Kerana ianya datang dari mereka sendiri. Maaf? Puas pujuk hati untuk memaafkan. Tapi luka dalam yang pernah dihiris bukan mudah untuk dihilangkan kerana kesan parut yang akan mengingatkan. Benci? Pernah wujud bertahun lamanya setelah mendengar, melihat dan merasainya dahulu. Ianya terus tersimpan rapi hingga sukar untuk aku keluarkan dengan bait kata. Namun, semakin lama ia tersimpan, semakin sempit rasa hati untuk sematkan kehidupan baharu. Lapangkan dada. Lapangkan hati. Masih mencuba walau ia penat mencari. Yang melihat akan kata 'setiap masalah ada penyelesaian', 'jangan fikir diri sendiri ada masalah orang lain juga ada', 'kita ada Allah untuk minta pertolongan jangan lupa tu', 'masih muda jauh lagi perjalanan hidup', 'lebih banyak makan garam'. Aku bukan bodoh. Aku sedar semua tu. Cuma macam aku katakan bukan mudah untuk aku lepaskan benda yang tersimpan sejak aku mula meningkat remaja. Kalau dulu aku berani tapi sekarang aku berhenti. Kalau dulu aku happy tapi sekarang aku banyak menyepi. Kalau dulu aku steady tapi sekarang aku banyak makan hati. Kalau dulu aku dituduh pencuri tapi sekarang aku rela digari. 

Popular Posts