Klinik @ Tidak ??
Patut ke aku pergi klinik?
Kalau tanya orang confirm cakap "pergilah.. cek je bukan buat ape pon.."
Tapi tu laa.. aku dengan Dr ni payah yg amat! Aku sanggup tahan sakit dari buat rawatan. Sebiji macam perangai ayah aku. Selagi aku boleh tahan alu tahan laa. Cuma tu laa. Akibatnya orang yang ada kat sekeliling aku laa. Kenapa? Yela kalau kita menahan sesuatu kesakitan mood kita mesti akan berubah automatik. Betul tak? So, kalau mood aku berubah yg jahanamnya budak 2orang tu laa. Aku ta reti nak kawal perasaan. Kalau sampai rasa marah tu aku hembus jela ta kesah laa dy besa ke kecik.
Kenapa nak jumpa Dr?
Sebab aku sakit perut. Maksud? Sakit perut ni tak ada kene mengena dengan angin atau rasa nak buang air besar. Ada orang kata kejang perut. Kejang perut pon aku tak tahu macam mana. Sebab sakit ni makan bahagian pinggang dan seluruh bahagian kaki aku. Tu je aku mampu katakan. Makan? Selera memang sangat kurang. Aku cuma rasa nak minum dan minum sahaja. Ta kesah laa sampai kembung air sekalipun. Keadaan perut aku pon dah macam orang pregnant 5 bulan. Sebab tu aku nak jumpa Dr.
Patut atau tidak aku pergi? Aku malas nak bersoal jawab dgn orang dalam rumah ni berkaitan apa yg aku rasa sebulan ni. Sebab hati aku kuat menyatakan kesakitan ni semua berpunca daripada kes aku makan ubat banyak² tempoh hari. Aku ta ingat dah bila aku makan ubat² tu semua. Campur pulak aku ganti dengan minuman bergas berbotol botol. Haih! Entah laa.. apa yang aku nak pon tak tahu laa.
