Tangan terseliuh sebab...

Tindakan aku mula tak terkawal. Sekali lagi aku rasa nak mencederakan orang yg ada kat sekeliling aku. Target aku mudah! Kanak². Aku rasa aku tahu kenapa aku tak suka kanak². Sebab kehidupan kanak² aku tak sama macam diorang. Aku cemburu. Aku geram. Aku sakit hati bila kenangan lama timbul dalam benak fikiran ni. Hidup aku kosong! Hidup diorang penuh keceriaan. Dan sekarang hidup aku punah dek kerana masa silam yang aku lalui. Aku tak suka dengar gelak tawa budak². Aku tak suka tangisan budak². Aku nak diorang rasa sepi macam aku rasa waktu aku kecil. Aku boleh berhenti ambil ubat kalau sekeliling aku tak mengingatkan aku pada zaman silam. Tapi siapa je boleh faham situasi aku. Mak? Ayah? Ta payah nak mengharap. Depan doktor pijak semut tak mati. Abang? Aku ada abang ke? Kalau ada pon abang yg menjatuhkan adik dy. 

Aku pandang ubat² aku. Aku nak telan semua. Aku nak hilangkan serabut dlm kepala. Aku nak padamkan semua memori lama. Biarkan fikiran aku kosong. Biarkan fikiran aku lapang. 

Popular Posts