It's 2019



Selamat Tahun Baru!

Rasanya belum terlambat lagi kot nak ucapkan tahun baru kepada semua pembaca. Hari ni baru 6 Januari 2019 kan. Hehe. Tak ada cerita banyak tentang masuknya tahun baru kali ni. Azam pon macam ada tak ada je. Sebabnya azam tahun lepas pon tak tercapai lagi so bawa ke tahun ni laa kalau dapat. Kurus? eh bukanlah. Teacher dah cukup kurus dah sekarang. Nak membesarkan lagi badan adalah. Btw, azam tu tidak lah sepenting mana. Cukup sekadar kita tahu kemampuan dan keperluan kita sepanjang hidup. Tak salah kalau kita ada azam di tahun baru. Tapi cuba fikirkan semula, kenapa perlu ada azam baru di kalendar mat salleh sedangkan dalam kalendar Islam kita langsung meletakkan azam. Ibarat satu trend meletakkan azam every new year coming. Teacher tak marah pon cuma bertanyakan pendapat sahaja. InsyaAllah untuk tahun 2019 ni, akan teacher cuba lakukan yang terbaik dalam hidup dan sentiasa lebih dekatkan diri dengan ALLAH (peringatan untuk semua termasuk teacher sekali).


Image result for 2019

Popular Posts