Diari Anak Muda
Pernah dengar tak orang cakap belajar dari pengalaman? Sebab pengalaman itu mematang hidup. Yer memang diri ini masih muda dan yang kat luar tu lebih banyak makan garam dari diri ni. Pernah sedar tak orang sekeliling katakan zaman dahulu dan zaman sekarang berbeza? Kadang-kadang nak beri pendapat pon habis ditentang katanya masih muda dan tak tahu apa2. Tapi bila kita melangkah ke lorong yang salah tak pernah ditarik untuk kembali ke jalan yang benar. Sibuk mengata salah itu dan ini. Malah meluahkan perasaan yang terpendam pon tiada tempat untuk dilemparkan. Bila perangai mula berubah ditamparkan pula dengan kata-kata kesat dan sumpah seranah hingga ke anak cucu. Itulah manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Cepat terpengaruh dengan info-info yang tiada hujung pangkalnya. Memberontak bukanlah keinginan dalam jiwa muda tapi terpaksa kerana kurangnya perhatian kasih dan sayang. Kata makan garam lebih dari orang muda. Mengapa tidak terapkan apa yang orang dahulu lakukan kepada orang muda? Kenapa perlu pertikaikan sedangkan diri masih berada di takuk lama? Marah! Benci! Dendam! Boleh puaskan hati untuk selamanya ke? atau Menangis! Meraung! Meratap! Baru nak sedar akan kesilapan diri? Pernah dengar pepatah bagai menconteng arang di muka sendiri? Haa itulah kejadiannya. Sedar dulu, kemudian beringat, fikir sedalamnya kesilapan dulu, tebus semula dengan kesabaran. InsyaAllah Allah bantu mempermudahkannya. Bukannya dengan cara mengeluarkan sifat mazmumah. Pada anak muda istighfarlah. Bertahajud dan dekatkan diri padaNya. Mohon perlindungan dariNya. Tiada manusia yang tak pernah lakukan kesilapan. Setiap manusia ada sejarah hitamnya kerana itu semua adalah pengalaman hidup. Tak sempurna hidup seseorang itu kalau tiada pengalaman yang boleh mematangkan fikiran. Allah turunkan ujian kepada kita kerana Dia tahu kita mampu laluinya. Allah tak akan menyakitkan hambaNya sekiranya hambaNya tak mampu lakukan ujian yang diberi. Jadi bersangka baik pada Allah dan perbanyakkan zikir. Jangan menilai orang dari luaran tapi lihatlah hatinya. Mungkin pada pandangan mata kasar anak muda ini seorang yang pemalas, kasar, tidak hormat ibu bapa tapi bolehkah kita melihat disebalik tirai kehidupannya yang sebenar? Adakah kita melalui jalan yang sama seperti anak muda itu lalui? Adakah kita tahu semua itu? Siapa kita nak tetapkan takdir manusia lain. Siapa kita nak aturkan aliran perjalanan manusia lain. Semuanya Allah yang lakukan. Tugas kita membantu, memberi semangat, sentiasa dekat dengannya, cuba letakkan diri kita dalam diri dia. Bukannya terus menghukum tanpa ada rasa belas kasihan, tanpa ada rasa simpati, tanpa ada rasa sayang. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Menyesal kemudian tiada gunanya. Biarlah sibuk dengan kerja, biarlah sibuk dengan jawatan yang tinggi, biarlah sibuk dengan perniagaan yang berdiri, biarlah sibuk dengan apa jua, tetapi ingatlah keluarga itu satu seperti Allah itu Ahad. Anak muda tak banyak ilmunya. Anak muda tak tinggi pekertinya. Anak muda tak penuh pengalamannya. Tapi anak muda tahu apa siapa Allah dan siapa Nabi Muhammad s.a.w.