Jangan Mudah Berputus Asa
8 Ogos 2019
Bermula diri sebagai seorang pelajar semula. Ye betul! Pelajar Master. Hati pernah menyatakan hasrat untuk belajar hingga ke tahap ini. Tetapi halangan demi halangan yg menghilangkan jejak langkahku. Dalam diriku mudah sahaja. Jika aku yakin dengan apa yg aku lakukan maknanya aku boleh buat, dan, sekiranya aku kata tidak maka buruklah akibatnya. Ada beberapa perkara yang sentiasa memberi aku semangat untuk meneruskan perjuangan dlm bidang pembelajaran. Salah satunya adalah pengalaman hidup. Pengalaman hidup mematangkan seseorang dan mampu membuka minda dan mata diri sendiri untuk berubah ke arah yang lebih baik dan maju. Kalau bukan kerana pengalaman hidup, diri tak akan dapat belajar erti susah payah, kekecewaan, kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Antara pengalaman hidup yang sering membangkitkan semangat adalah;
1. Kisah sewaktu kecil hingga remaja yg inginkan belajar jauh. Berusaha untuk dapatkan tempat belajar yg jauh dr keluarga.
2. Kisah di semester akhir sewaktu Diploma yg mana ditinggalkan oleh rakan kerja. Terpaksa menyiapakan laporan seorang diri sebanyak 2++ page sebelum tiba tarikh penghantaran.
3. Disaat kehabisan duit belanja tanpa pengetahuan keluarga dan rakan² sehinggalah salah seorang dari rakan kelas dapat mencium permasalahan yg aku hadapi dengan membelikan makanan dan memaksa aku untuk makan. Thanks Syafiq Syazwi
4. Disaat aku dipinggirkan oleh rakan kelas di tahun 1 dan 2 Degree di UTM. Dicaci, dimaki, diherdik dan dihina sehingga dipulaukan tanpa sebarang khabar berita. Membawa diri seorang diri dan sering dipergunakan semasa diperlukan. Sangat pedih dan kecewa. (Aku mula murung dan menjadi seorang yg pendiam)
5. Disaat aku jatuh tersungkur kerana kisah hitam dan gelap sehingga aku ingin membunuh diri sendiri dengan memakan ubat ubatan tanpa pengawalan dan terus membawa kereta dari Johor Bahru ke Gemas dengan kelajuan yg bercampur baur.
6. Sewaktu latihan mengajar aku diherdik oleh pensyarah hanya kerana kesalahan dalam RPH sedangkan apa yang aku tuliskan adalah berdasarkan pengalaman bersama pensyarah Microteaching. Keputusan sangat teruk sehingga pointer jatuh merudum. Pd semester ini aku hanya memperolehi 3.06 sahaja.
7. Dapat pula guru pembimbing yg langsung tidak mengambil peduli tentang aku dan menyuruh aku membuat perkara yg bukan dr bidang aku sendiri. Sehingga aku ingin bertanya berkenaan kelas hanya endah ta endah diberikan jawapan.
8. Seterusnya pengalaman sewaktu ayah masuk hospital di saat aku berada di waktu peperiksaan akhir. Ulang alik dari Johor ke Seremban hanya untuk menjaga ayah. Tidak fokus pd peperiksaan akhir. Sehingga rasa ingin menangguhkan pengajian. Namun ada seorang hamba ini sentiasa ada dan membantu saat aku di ambang getir. Terima kasih Muhamad Norsyukri Alim.
9. Pengalaman di tahun akhir pembelajaran di mana keluarga mempunyai masalah kewangan yg melampau. Abang² digelar muflis dan mak ayah sedih serta kecewa. Aku terpaksa mengikat perut untuk menjimatkan kewangan. Namun dalam kesusahan masih ada insan yg membantu. Dia seorang insan yg tidak ternilai harganya. Terima kasih Nur Atikah.
Jatuh dan bangun itu lumrah kehidupan. Yg jatuh mematangkan kita untuk bangkit dan terus berusaha. Tapi sekiranya kejayaan itu diraih usah dilupa pada insan² yg banyak membantu sewaktu di bawah. Kerana pengalaman hidup aku yakin aku boleh lalui Master ni. Kalau dahulunya aku jatuh kerana lemah, biarlah kali ini aku bangkit tanpa menyerah. Terima kasih kepada semua yg mengenali diri ini dan sentiasa ada saat aku tersungkur sehingga aku mampu bangun dengan kaki sendiri. Terima kasih.