Kisah Terpendam
Hari² aku bertanya pada diri. Sejauh mana aku akan pergi bawa diri ni? Maksud aku kehidupan aku lepas habis master. Kalau tanya orang, kebanyakan akan cakap
"Sambung PhD then jd lecturer"
Even family members pon jawab benda yg sama. Dalam hati cuma mampu ungkap "kalaulah semudah percakapan mereka". Betul aku akui 'tiada yg mudah dlm dunia ni'. Tapi bagi aku itu bukan ungkapan sebenar dalam hidup. Kalau betul ianya berlaku kenapa orang yg berjaya cakap 'tanam dalam diri minat, kalau tiada minat jangan paksa diri'. Berbeza bg org yg kononnya berpengalaman katanya 'minat tak bawa ke mana, masuk bidang yg besar peluang pekerjaannya'. End up terkapai² laa orang itu di udara ibarat yg kejar tak dapat yg dikendong berciciran.
Berbalik kepada hidup aku. Sampai sekarang aku tak tahu ke mana hala tujunya. Dan kerana itu aku sengaja melengahkan kehidupan master ni. Selagi aku tak jumpa jalan keluarnya. Setiap kali aku siap penulisan aku akan baca semula untuk cari kesalahan dan panjangkan masa yg ada. Biarlah org nak kata apa.
Kenapa tak nak jd lecturer?!
Sebab aku kenal siapa diri aku, kat mana keyakinan aku, macam mana tingkahlaku aku. Orang tidak akan kenal siapa kita melainkan diri kita sendiri. Orang hanya boleh nilai luaran bukan dalaman. Even org yg dah kahwin berpuluh tahun pon masih tak kenal each other. Alasan yg dibagi "dy dah berubah". Padahal diri sendiri tak pernah nk cuba fahami sesama sendiri malah mencari kesalahan dan menceritakan pada orang yg kononnya sangat dipercayai.
Masa tak boleh diundur, bergerak terus ke hadapan dan cari laluan tu. Aku masih bergerak tapi aku mohon jangan halakan aku laluan yg entah di mana akhirnya. Dalam mencari laluan aku perlukan sokongan bukan angan². Dalam mencari laluan aku perlukan kasih bukan kemarahan. Dalam mencari laluan aku perlukan teman bukan lawan. Namun, sebaliknya yg aku terima. Fikir dan terus berfikir sehingga akibat yg datang telah mematikan langkah. Perlu aku teruskan bertapak walau ianya berdarah atau berhenti di pertengahan dan tunggu malaikat maut menjemput?
'Ajal maut dan rezeki dari Allah bukan manusia'
'Mana nak datang hasil kalau tak ada usaha'
'solat, berdoa dan mohon petunjuk'
'jangan putus doa'
Ayat² support org kata. Tapi dah tak masuk dek akal fikiran dah bila dalam keadaan huru hara.
Sudah lah. Aku tiada jawapan untuk setiap persoalan yang timbul. Tikamlah aku, kutuklah aku, cacilah aku, hinalah aku, bencilah aku selagi mana itu yg mampu buat orang disekeliling aku bahagia. The end