Borderline Personality Disoder (BPD)

Posting ni dr group Malaysia Depression & Anxiety Support Group (MDA) kat facebook. Bg aku post ni sgt mudah difahami kata-katanya. Dr Hanif pernah kata yg aku ada masalah ni cuma disebabkan aku taknak di diagnos masa warded dulu Dr pakar hanya kata aku ada MDD. 


TW(Borderline Personality Disorder)
Posting sy share kali ni sgt pjg. Sy share sbb sy baru di diagnosis BPD oleh PSY sy, appointment bebaru ni. Mls baca boleh skip. Tp sy galakkan baca. Tambah ilmu pengetahuan. Terutama yg ada BPD supaya fhm sakit masing². Stay strong πŸ’ͺπŸΌπŸ’•
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
(BPD) adalah satu gangguan psikologi yang menyakitkan dan dahsyat bagi sesiapa yang mengalaminya dan sering menjadi masalah bagi orang yang mempunyai masalah personality ini dan bagi orang-orang di sekeliling mereka yang mereka sayangi.

Secara mudahnya, BPD adalah gangguan dicirikan terutamanya oleh emosi yang kurang stabil akibat amygdala dan frontal cortex mereka yang berbeza dari manusia lain (susah untuk regulate emosi), fikiran hitam & putih yang intensif (mempercayai yang benda hanya ada dua kemungkinan dan pengakhiran; contoh : kau sayang seseorang tahap melampau atau kau benci tahap melampau. Orang yang BPD suka itu dianggap seperti malaikat dan yang dibencinya dianggap persis syaitan), dan hubungan dengan orang yang mereka sayangi yang sangat bergelora dan kurang stabil. Orang yang mengalami BPD mempunyai ciri-ciri ketidakstabilan ketara dalam mood mereka, hubungan interpersonal yang sangat kuat, intensif tapi sangat tidak stabil, imej diri yang tidak konsisten dan stabil, begitu juga dengan identity diri, dan tingkah laku, dan tiada konsep “diri” (sense of self).
Pesakit yang di diagnos dengan BPD hidup dalam dunia yang menyakitkan samada dalam minda mereka, fisiologi mereka, mahupun realiti kehidupan mereka; pergolakan dalaman dan luaran mereka yang tidak dapat mereka kawal amat menyakitkan bagi mereka. Mereka mempunyai kesukaran untuk mengawal emosi mereka yang sering naik dan turun dengan intensif & dan terlekat dalam keadaan bergelora dan bergolak yang stagnan (bagi mereka). Mereka mempunyai imej diri yang diputarbelitkan dengan pandangan negatif yang menghancurkan, selalu mereka rasa mereka tidak berguna dan secara fundenmental merasakan diri mereka tidak berguna dan “objek yang rosak”.

Walaupun secara amnya, mereka sangat menginginkan hubungan kasih sayang dengan semua orang, terumatanya sekali kepada yang mereka anggap istimewa (dalam sub-budaya BPD, orang yang disayangi ini dipanggil Favourite Person/FP) pesakit BPD selalu secara tipikalnya terlekat dalam situasi dimana emosi mereka yang tidak dapat dikawal, membuatkan mereka dipenuhi dengan perasaan marah, sedih yang melampau, sifat yang impulsif, dan attachment terhadap orang yang mereka sayangi yang persis seperti dalam ribut petir dan penuh dengan kerawakkan, dan juga mood yang selalu berubah dalam frekuensi yang tinggi yang selalu berjaya membuat orang lain tinggalkan mereka.

Gangguan yang dialami oleh mereka yang mempunyai BPD mempunyai kesan yang meluas, selalunya negatif kepada banyak aspek psikososial kehidupan mereka termasuk pekerjaan mereka dan hubungan mereka dengan pekerja lain di tempat kerja, hubungan mereka dengan orang dalam rumah mereka, keluarga mereka, kawan mereka (secara amnya, persekitaran sosial mereka) . Tambahan pula, pesakit yang mempunyai BPD selalu dipinggirkan oleh masyarakat kerana perasaan dan tingkah laku mereka yang susah untuk difahami dan dijangka — kesan daripada sakit BPD mereka.

Peristiwa yang biasa bagi orang yang tidak mempunyai BPD boleh trigger mereka. Sebagai contoh, orang-orang dengan BPD mungkin berasa marah dan menghadapi tekanan terhadap benda-benda yang mengingatkan mereka terhadap trauma mereka, memori mereka yang membuat mereka sedih, marah dan kecewa. Peristiwa yang kecil yang melibatkan pemisahan — seperti percutian, perjalanan perniagaan, atau perubahan pelan yang tiba-tiba membuat mereka paranoid, keliru — terutamanya jika yang membuat sedemikian adalah orang yang mereka sayangi dan mempercayai. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang mempunyai masalah ini boleh melihat kemarahan di wajah emosi neutral, boleh “membaca” emosi orang lain dan mempunyai tindak balas yang lebih kukuh dan intensif terhadap emosi, perbuatan dan perkataan yang negatif jika dibandingkan dengan orang-orang yang tidak mempunyai BPD.
9 Simptom BPD :
· Reaksi yang ekstreme — termasuk panik, depression, amukkan, atau tindakkan yang terburu-buru dan impulsive terhadap fikiran yang mereka ditinggalkan, sama ada benda itu betul, satu reality atau satu yang diandaikan.
· Satu corak hubungan yang kuat dan bergeloran dengan keluarga, kawan-kawan, dan orang tersayang mereka, sering menunjukkan keakraban dan kasih sayang yang melampau (Idealization) atau kemarahan dan kebencian yang melampau (Devaluation).
· Imej diri dan sense of self yang diputarbelitkan (dengan elemen negative) dan tidak stabil, yang boleh menyebabkan perubahan mendadak dalam perasaan, pendapat , nilai, atau pelan dan matlamat untuk masa depan (seperti sekolah atau kerjaya pilihan mereka)
· Tingkah laku mereka yang impulsif dan sering berbahaya, seperti membeli belah/perbelanjaan yang tidak terkawal, seks yang tidak selamat dan rambang, penyalahgunaan dadah, memandu melulu, minum arak, makan atau tidak makan langsung.
· Tingkah laku atau ancaman yang berulang untuk membunuh diri atau merosakkan-Menyakitkan diri/self harming.
· Perasaan mereka yang intensif dan berubah-ubah, dengan setiap episod kemurungan dan perubahan mood yang berpanjangan; mempunyai durasi yang tidak boleh dijangka — dari beberapa jam hingga beberapa hari atau minggu.
· Perasaan kekosongan dan kehilangan yang melampau dan tidak mampu dihilangkan.
· Perasaan marah, kesedihan, dan emosi yang neurotic, perasaan-perasaan berkenaan yang susah dikawal dan susah untuk kawal perasana-perasaan tersebut.
· Mempunyai pemikiran yang (mungkin) paranoid, atau mempunyai symptom “meninggalkan badan” yang melampau (severe dissociative symtomps), seperti merasakan diri terkeluar dari badan, melihat diri dari perspektif yang keluar dari badan, dan rasa seperti hilang arah dalam realiti mereka; kehilangan sentuhan mereka dengan realiti.
Bunuh Diri dan Self-Harm/Menyakitkan Diri dikalangan BPD

Tingkah laku mencederakan diri sendiri termasuk membunuh diri dan percubaan untuk bunuh diri, selain daripada tingkah laku cutting (menghiris tangan, anggota badan dan sebagainya) mempunyai statistik yang tinggi. Sebanyak 80 peratus daripada orang-orang dengan BPD mempunyai tingkah laku dan percubaan untuk membunuh diri, dan kira-kira 4–9 peratus berjaya membunuh diri. BPD mempunyai kadar bunuh diri yang 400% kali ganda jika dibandingkan dengan penyakit lain di peringkat antarabangsa.

Bunuh diri adalah salah satu produk yang paling tragis terhadap apa-apa penyakit mental mahupun penyakit fisiologi, pathologi yang tidak dapat dirawat. Sesetengah rawatan boleh membantu mengurangkan tingkah laku membunuh diri pada orang dengan BPD, namun rawatan yang berkekalan untuk BPD masih tidak ada, rawatan dan ubatan ada, tapi tidak guarantee BPD tidak akan kembali. Ubat-ubatan anti-depressant ada yang mampu mengawal simptom, tapi tidak semua pesakit yang mampu dapat manfaat ubat-ubatan yang sama (bagaiman SSRI mampu memberi kesan kepada minda dan biokemistri minda invididu berbeza), ada yang semakin teruk akibat ubat-ubat yang sepatutnya membantu mereka. (Disarankan selalu berbicara dengan doktor tentang kesan-kesan ubat terhadap pesakit)
Rawatan untuk BPD
BPD sering dilihat sebagai antara penyakit mental yang sukar untuk dirawat. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa BPD boleh dirawat secara berkesan dengan methode-methode yang tertentu, dan bahawa ramai orang dengan keadaan dan kesihatan penyakit ini semakin pulih secara berskala.
BPD boleh dirawat dengan psikoterapi, atau “ bercakap” terapi. Dalam beberapa kes, seorang doktor, atau pakar psikiatris dan psikologi akan mencadangkan ubat-ubatan untuk merawat gejala-gejala tertentu yang membelenggu pesakit BPD.
Jenis Rawatan Psychotherapy :
CBT (Cognitive Behavior Therapy)
CBT boleh membantu orang dengan BPD mengenal pasti dan mengubah kepercayaan dan/atau tingkah laku yang menjadi asas persepsi yang tidak tepat terhadap diri mereka dan orang lain termasuk juga masalah berinteraksi dengan orang lain. CBT boleh membantu mengurangkan pelbagai masalah mood, anxiety, dan mengurangkan bilangan tingkah laku membunuh diri atau merosakkan diri.
DBT (Dialectic Behavior Therapy)
Ini jenis terapi memberi tumpuan kepada konsep Kesedaran, atau menyedari dan prihatin kepada keadaan semasa (dealing with now). DBT mengajar kemahiran mengawal emosi sengit dan intensif, mengurangkan tingkah laku yang merosakkan diri , dan memperbaiki hubungan dengan diri sendiri dan orang lain. Terapi ini berbeza daripada CBT kerana ia bertujuan mencari keseimbangan antara berubah kepada diri dan keadaan yang lebih baik dan menerima tingkahlaku dan kepercayaan mereka yang dulu mungkin pernah menganggu mereka.
Schema-focused therapy
Ini jenis terapi menggabungkan unsur-unsur DBT psikoterapi yang lain, dan memberi tumpuan kepada skema reframing, atau cara-cara orang melihat diri mereka sendiri. Pendekatan ini adalah berdasarkan idea bahawa BPD berpunca daripada imej diri yang tidak stabil dan berkemungkinan disebabkan pengalaman mereka ketika mereka kecil, membesar, mahupun akibat trauma mereka yang negatif mempengaruhi bagaimana mereka bertindak balas dengan persekitaran mereka, berinteraksi dengan orang lain, dan menghadapi masalah atau tekanan.
Side note :
BPD kemungkinan ada kaitan dengan PTSD (Post Traumatic Stress Disorder) dan selalunya BPD di diagnosis kepada wanita, tetapi lelaki juga tidak terlepas dari sakit BPD. Simptom BPD ada kalanya akan bergabung dengan masalah mental yang lain, dan seringkali overlap sesama mereka, seperti PTSD, Depression, Bipolar, Paranoia.

Popular Posts