Masalah Itu Pasti
Setiap insan di dunia ni semuanya ada masalah. Masalah itu pula adalah ujian dariNya. Allah menguji kerana Dia tahu hambanNya mampu lalui. Dia cuma nak tahu sejauh mana tahap kesabaran kita. Dia cuma nak tahu sejauh mana tahap beriman kita kepadaNya. Sebagai sahabat seislam hanya nasihat sahaja yg mampu diberi. Sujud, berdoa, berusaha dan bertawakallah kepada Dia memohon segala keinsafan dan kemaafan. InsyaAllah jika hati itu ikhlas memaafkan yakinilah Allah akan sentiasa bersama sama membantu meringankan beban. Banyakkan bersabar sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman kita sendiri. Aku bukanlah manusia yg sempurna iman dan akhlak tetapi aku juga seorang manusia yg sering melakukan khilaf. Sebelum aku menasihatimu telah aku terima nasihat ini daripada orang lain. Kerana itu aku tidak malu untuk berkata kata seperti ini. Kau, aku, dan semuanya adalah masalah tersendiri. Perbezaannya adalah cara kita menyelesaikan masalah dan cara kita beriman dan beramal kepada Allah. Maaf jika kata2 ini membuat kau terhiris dan terguris. Bukan niat di hati untuk melakukannya tetapi percayalah jauh di sudut hati aku sangat membimbangi kehidupan dan kesihatan kau.
