Ayah syurgaku...
Ayah
Itulah satu nama yang tersangat gah dalam hidup aku selepas Allah dan arwah wan. Ayah ibarat nyawa dalam hidup ni. Perginya ayah nanti tidak tergambar rasa sedih dan hibanya hati ini. Ayah kau seorang yang sangat penyayang. Luaran terlalu kasar dan tegas orangnya tetapi di dalam hatimu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Dirimu tiada pengganti. Dirimu amatlah berharga dalam diri ini. Tahtamu terlalu tinggi hingga tidak mampu untuk aku membalas jasa dan pengorbananmu selama ini. Air matamu bagaikan air zamzam yang tersangat mulia jika aku menjatuhinya. Maafkan anakmu kerana sering menyakiti dan menyeksa hatimu.
Teringat akan daku seperti mana engkau membesarkanku. Setiap pagi kau yang menyiapkan untuk ke sekolah. Engkau juga yang menghantar aku untuk menimba ilmu. Kau menyediakan sarapan sebagai tenaga aku d sekolah. Jika aku tidak mauhu ke sekolah kau memujuk aku dengan belaian manja. Setiap kali perjumpaan bersama guru2 d sekolah pasti wajahmu jua yang hadir. Semasa aku ingin mengambil peperiksaan engkau juga yang sentiasa ada d samping aku. Jika tiada orang dirumah kau membawa aku ke tempat kerjamu. Dalam sibuk diri membanting tulang untuk mencari rezeki masih berkesempatan dirimu menjaga aku. Tidak sama sekali kau pernah mengabaikan aku. Kasih dan sayangmu yang kau berikan tersangatlah aku kagumi. Walaupun didikan agama terhadapku tidak terlalu ditekankan namun aku tahu kau penat untuk melakukan kesemuanya dalam satu masa serentak. Tika aku sakit dengan segera kau datang menjemputku. Tika aku jatuh basikal dan luka kau sahaja yang menyapukan ubat di kaki. Tika aku leka kau teguri aku supaya aku sedar dan bangkit. Walaupun kau kurang menasihati aku tetapi aku tahu kau yakin dengan diri bahawa aku mampu untuk hidup berdikari.