Kesedihan Di Malam Syahdu

Bertarikh 14 Julai 2017 di malam Jumaat, perasaan sayu menyelubungi diri. Air mata yg jatuh berjujuran d pipi secara tiba2 menjadikan malam sungguh syahdu. Hati terusik dan tersentuh apabila teringat perkara2 yg lalu. Ya Allah sungguh aku takut jika ianya terus berterusan tanpa menemukan jalan pengakhiran. Pengkhabaran tentang keadaan diri yang terlalu uzur berbanding wanita lain amatlah terkesan dan beri impak yg sangat mendalam pada diri aku. Aku ibarat mati akal dengan setiap perbuatan, penglihatan, pendengaran, perasaan dan sebagainya. Sekiranya aku berjumpa dengan pakar kesihatan, aku takut jika ada implikasinya sedangkan kata2 doktor di Pusat perubatan tempat belajarku tempoh hari sudah cukup memusnahkan 30% hidup aku. Tak semudah disangka kerana diri ini terpaksa melaluinya sendirian tanpa peneman. Mak dan ayah langsung tidak dikhabarkan kerana khuatir dengan keadaan pada masa akan datang. Namun walaubagaimana pun, mahu atau tidak aku terpaksa bersabar dan tabah. Tapi bagaimana diri untuk berjumpa pakar? Sedangkan aku tidak berani untuk berdepan. Aku tidak sekuat yang orang sangkakan. Aku tidak segagah yang orang katakan. Aku seorang manusia. Manusia yang mempunyai hati, naluri dan perasaan. Mana mungkin aku boleh menerima segalanya dengan semudah memecahkan telur yang belum dimasak. Akan hadir jua kesan dalam diri d penghujungnya. Aku buntu, keliru dengan setiap pertanyaan, pertemuan, perkataan yang heboh diperkatakan. Ya Allah, aku tahu Kau menguji hambaMu kerana Engkau tahu hambaMu mampu lalui setiap ujianMu. Dan jika aku salah seorang dari hambaMu yang mampu laluinya itu, Kau kuatkanlah aku untuk aku tempuhinya. Tetapi cuma satu aku pinta. Kau datangikanlah aku dengan orang2 yang aku kasihi. Kau limpahkanlah kebahagiaan sepanjang aku lalui setiap ujianMu. Kau jauhkanlah aku dengan perkara2 yang membawa kepada kedalaman luka yang pernah tercalar sekian lama. Amin~

Popular Posts