Solat Itu Tiang Agama
Pernah tak dalam hidup rasa diri ni macam tak berguna. Diri ni banyak menyusahkan orang atau merasakan diri ini tak patut hidup dalam dunia ni.
Pelikkan kenapa perasaan macam orang tak ada tujuan hidup timbul dalam diri sendiri. Hakikatnya itulah manusia. Manusia yang telah diciptakan oleh Allah SWT sendiri. Tetapi masih ada manusia yang tidak mensyujuri apa yang telah diberikan oleh-Nya. Yang manusia hanya tahu mengkeji, menolak takdir, membuat perkara yang di halang, berfoya-foya tidak ingat akhirat dan macam-macam lagi. Lumrah manusia yang hanya fikir keseronokan duniawi dari tempat tinggal sebenar.
Apa yang aku katakan ini bukanlah tuju pada orang lain tetapi tuju terus ke dalam diri aku sendiri. Terlalu banyak khilaf dan kekotoran yang aku lakukan sepanjang kehhidupan aku 25 tahun ini. Nilai agama dalam diri terlalu cetek dan hitam berbanding rakan-rakan yang aku kenali. Sehinggakan bersujud kepadaNya pon aku tinggal. Aku sendiri tidak tahu sama ada ianya ditinggal secara sengaja atau tanpa sedar. Kenapa? Sebab setiap kali azan berkumandang aku tahu masuknya waktu solat. Diri ni seperti mahu pergi berjumpaNya tetapi entah kenapa satu perasaan dan hasutan yang lebih kuat mengatakan "siapkan kerja dulu", "kejap lagilah", "hhmmm dengar lagu balik", "time ni laa banyak idea keluar", "best pulak drama ni", dan banyak sangat alasan. Bagi aku itu adalah hasutan Si Durjana! Gara-gara kau aku terperangkap dalam diri. Tapi itulah manusia, pantang dihasut terus percaya padahal boleh dielak.
Solat itu tiang agama. Itu perkara 'basic' bagi seluruh agama di dunia ini. tanpa solat hidup boleh jadi tidak aman, hidup kucar-kacir, masalah yang timbul sukar diselesaikan, cepat rasa marah, malas menguasai diri, banyak tidur, takut untuk ziarah orang mati, benci pada orang yang lebih baik, suka membeza-bezakan orang, suka memfitnah, dan banyak lagi. Semua ini berdasarkan pengalaman aku sendiri sepanjang hidup. Terukkan aku ni. Sampai satu tahap, kalau aku solat dan lepas solat aku tak tahu nak doa apa pada Allah SWT. Tapi kalau tak solat senang pulak nak berdoa. Sampai tak ada sangkut-sangkut permintaannya. Kalau lepas solat tu, baca surah al-fatihah dengan doa ibubapa je lepas. Konon nak juga doa dapat jodoh cepat, pertemukan dengan orang yang baik, minta kekal di jalan Allah dan macam-macam lagi. Aku tak tahu nak ngadu macam mana pada Dia. Last2 ayat paling mudah aku katakan "Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam hati ini, Ya Allah".