Kuatkah Aku ?
Sekian lama tidak diri ini menceritakan apa sahaja berkaitan kehidupanku dalam blog indah. Bukan kerana masa tetapi terlalu banyak kekangan yang timbul sepanjang tahun 2018 ini. InsyaAllah akan aku cuba tingkatkan usaha dan rapuhkan permasalahan yang timbul agar hilang dan perginya impak negatif yang menguasai kehidupan.
Pernah dengar orang tidak boleh hidup tanpa gadget? Apa yang dimaksudkan adalah tiada alatan moden yang boleh menghilangkan rasa bosan dalam kehidupan seharian. Ya! itulah yang berlaku pada aku sepanjang tahun ini. Bulan Januari ayahku dirawat di Hospital Kajang atas sakit batu karang di dalam buah pinggangnya. Selama sebulan aku terperangkap dan tiada hala tuju dan hanya mendoakan kesihatan beliau. Alhamdulillah kini ayah beransur pulih. Bulan Februari, bertukarnya status sementara sebagai seorang guru. Memang benar sejak kecil aku memang minat dengan profession ini akan tetapi tidak semua yang diminati kita mampu lakukan. Bagi aku, 3 bulan di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah merupakan satu kenangan yang tidak aku sangkakan. Dan keputusan Latihan Mengajar di kolej tersebut telah menjatuhkan maruah aku dalam dunia pendidikan ini. Pada awal terasa diri ini terlalu gagal dalam setiap aspek pekerjaan. Aku seperti jatuh terduduk dengan kekhilafan aku sendiri. Sepanjang bulan Ramadhan aku berfikir dan merasai kenikmatannya, aku cuba menguatkan balik semangat mohon pertolongan daripada sesiapa sahaja agar aku diberi kekuatan. Alhamdulillah kini aku redha dengan apa yang telah berlaku. Cuma apa yang aku takut dan risaukan kini adalah Semester baru yang bakal bermulan Bulan September ini. Pasti akan hadir pelbagai persoalan menuju ke diri ini. Tidak diri ini pasti sama ada ianya kuat atau lemah untuk berdepan kerana sudah terlalu penat diri ini merasakan erti kekecewaan. Bulan Julai satu keputusan yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya dimana sekali lagi aku melepaskan seseorang yang pernah hadir dalam hidup yang cukup lama. Aku berfikir secara logik akal dan beragama tentang keputusan ini. InsyaAllah aku harap apa yang aku lakukan adalah perkara yang benar.
5 bulan aku sepi tanpa laptop dan kerosakan telefon. Aku seperti kaku dan tersangatlah 'lonely'. Pelbagai usaha aku lakukan untuk menggembirakan diri termasuklah melukakan hati orang lain. Walaupun ianya salah tetapi aku sendiri hilang kesedaran terhadap apa yang telah aku lakukan. Maafkan Aku wahai insan-insan yang telah terluka dengan diri ini.