Erti Sebuah Rindu

Apa itu rindu? Kenapa wjudnya rindu? Macam mana rasanya rindu? Pernah dengar lagu Rindu yg didendangkan oleh kumpulan nasyid In-Team?

Rindu itu adalah anugerah dari Allah. Satu perasaan yang sukar digambarkan oleh kata-kata sama seperti cinta. Cumanya rindu ini ibarat pohon yg manis berbuah lebat tetapi tak tercapai dek tangan untuk memetiknya. Kadang-kadang kata rindu itu boleh diungkap seperti timbulnya satu perasaan yang telah lama padam dan inginkan ianya mekar kembali. Definisi setiap manusia berbeza begitulah pemikiran dan cara hidup kita sendiri. Tiada persamaan tetapi tiada pula perbezaan. Apa maksudnya tu? Tiada persamaan adalah cara pemikiran kita dan tiada perbezaan hasil dan matlamatnya sama.

Kenapa pula wujudnya rindu? Ini kerana rindu itulah yang akan menyatukan satu hubungan yang semakin menjauh. Rindu itu juga boleh dikatakan sebagai bantuan bagi seseorang untuk fokus mendapatkan apa yang diinginkan. Maksud bantuan? Contoh paling dekat adalah mencari jodoh. Mula berkenalan dan mahukan si dia menjadi teman yang halal. Pastinya dengan perasaan dan kata rindu itu menjadi bantuan untuk meyakinkan seseorang itu perlukan si dia di sisi untuk selamanya.

Macam mana pula nak rasa rindu tu? Memang benar. Rindu bukanlah satu perbuatan atau percakapan semata tapi untuk merasai rindu itu, kita perlukan keduanya. Sebagai contoh, rindu kita terhadap Nabi Muhammad s.a.w., kita taat kepada Allah dengan melakukan segala perintahNya dan dari sudut percakapan kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tanda sayang dan cintanya kita terhadapnya. Jadi untuk rasai rindu yang sebenar rindu, rindulah pada yang maha Esa terlebih dahulu sebelum kita rindu insan-insan yang kita sayangi. Seperti kisah Yusuf dan Zulaika. Di saat Zulaika mengejar cinta Yusuf, Yusuf lari meninggalkannya dan di saat Zulaika mengejar cinta Illahi, hadirnya Yusuf sebagai penyeri.

Semoga entri kali ni dapat memberi pembelajaran pada kita tentang erti sebuah rindu. Dengarkan lagu Rindu oleh kumpula In-team dan hayatilah liriknya.

Assalamualaikum 😊

Popular Posts