Hala tuju

Sejak melangkah je umur 25 tahun, seperti dapat rasakan perubahan baharu dalam kehidupan ini. Aku secara sedar, semasa umur 20-24 tahun, diri ni sibuk mencari cinta dan kasih sayang dari orang. Tapi hasilnya hanya tipu sahaja yg diperolehi. Berlainan pula bila diri menjangkau ke 25 tahun. Banyak pelajaran seperti memahami erti kehidupan yg sering dipelajari dan dikenalpasti. Susah dan senangnya hidup, membuat keputusan, lena atau tidak dalam tidur, sehinggakan untuk fikir tentang cinta dan kasih tiada masa diberikan. Betullah dikatakan orang, umur remajalah untuk mencari cinta, kasih dan sayang. Dan saat diri mula merubah ke arah kedewasaan, kematangan yang akan menguasainya. Namun, tidak semua orang mampu capai cinta dan kematangan dengan sendirinya. Banyak pengalaman yang perlu ditempuh untuk mendapatkan sesuatu terindah dalam kehidupan. Aku? Masih terpinga mencari jalan keluar sama ada dari sudut cinta atau kematangan. Tujuan dan hala tuju semakin hari semakin kabur. Mungkin diri sendiri belum mampu menghuraikan dan mengeksploitasikan kehidupan yang sebenar. Masih berada dalam dunia fantasi dan tiada keyakinan untuk menempuh dunia realiti.

Popular Posts