Zinnirah Srikandi Sejati
Zinnirah - Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau
kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia
hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun
dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam.
Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan,
penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia
menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi
pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak
akan menyerah kalah.
Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah
ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak
punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi
memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi
penghormatan yang tinggi kepadanya.
Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas
sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang
di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang
awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk
Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman,
kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita
berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar
al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba,
seterusnya menjadi tawanan tuannya.
Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya
daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada
di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak
tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.
Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar.
Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan
sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak
berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang,
mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas
mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas
padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam,
badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang
diterimanya.
Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman.
Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu
Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu
wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di
akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.
Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk
dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih
mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada
menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan
dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan
diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk
kepada org yang menyeksaku ini.
Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam
setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah
Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat
pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf,
bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa,
gila dunia kepada gila akhirat.
Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya
tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan
hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah,
org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah
buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.
Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada
sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka
bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah
yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.
Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana
mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan
melihat ketabahan hatinya.
Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah
S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah
S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula
kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih
baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada
matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi
menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar
datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi.
Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.
Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T
memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak
berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak
balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu
berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak
takut dengan neraka?".
Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya.
Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu.
Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak
terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.
Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada
Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya
diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah
iman kita sekuat dirinya.