Apa yang ada dengan katanya CINTA?
CINTA itu adalah kasih dan sayang antara satu sama lain. orang akan menyatakan CINTA itu indah sekiranya mereka berada dalam keadaan yang gembira dan bahagia. tetapi orang juga akan mengatakan CINTA itu pemusnah sekiranya mereka berada dalam situasi yang sangat tertekan. sebagai contoh jika orang itu telah dirampas mahkotanya semasa bercinta, orang itu telah diputuskan hubungan bersama orang yang disayanginya.
banyak persepsi akan orang akan katakan tentang CINTA. tetapi CINTA kepada Allah itu adalah segalanya indah dan tiada kemuramannya. hal ini kerana CINTA kepada Allah itu adalah pengubat bagi segala jenis penyakit. hati sakit dengan manusia tetapi Allah lah yang menghilangkan sakit itu dengan bersujud kepada-Nya.
tidak mudah bagi seseorang itu menerima setiap apa yang telah berlaku dalam hidup. Ini kerana pengalaman lalu boleh menjatuhkan diri ke dalam lubang yang sama. Ya benar! belajar melalui pengalaman itu baik tetapi jika pengalaman yang diterima sebelum ini hanya mendatangkan kedurjaan bagaimana kita ingin menggunakan pengalaman tersebut? mengambil iktibar daripada yang berlaku? macam tu ke? aku tak rasa semua tu boleh digunakan. andailah kamu sendiri tergolong dalam kalangan manusia yang durjana, bagaimana kamu mengelakkan semua itu sedangkan kamu sendiri telah terbiasa.
mengubah hati yang hitam kepada yang putih bukan satu perkara yang mudah. Kamu memerlukan bimbingan yang sangat kuat untuk mengubah diri kamu sendiri. aku terlalu yakin 100% bahawa kamu tidak akan mampu untuk mengubah diri kamu sendiri tanpa bantuan orang. Kerana perubahan pada masa kini terlalu kuat cabarannya berbanding pada zaman dahulu. walaupun kamu solat 5 kali sehari sekalipun tanpa bimbingan dan dororngan aku yakin solat itu tidak akan mencukupi apabila kamu berada dalam keadaan tertekan, tertekan maksud di sini adalah kamu mengingat semula pengalaman lampau. sebab tu aku katakan tiada yang mustahil tentang CINTA. Cinta itu boleh menghidupkan dan mematikan manusia.
So, kepada semua pembaca berhati-hatilah semasa berCINTA.
CINTA lah kepada Illahi sesungguhnya Dia sahaja yang lebih Mengetahui. 😉