Falsafah Dr Mohd Zolkifli

“Jangan berangan menjadi pelaut yang handal jika tidak mampu untuk menempuh badai lautan yang bergelora”

Maksudnya disini adalah usah bersangka diri mampu melakukan sesuatu perkara dengan baik sedangkan diri sendiri tidak yakin dengan apa yang dilakukannya. Percayalah kelak membawa padah pada yang lain. Menjadi seorang pendidik bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi dari aspek pelajar, ibu bapa, rakan sekerja, sekolah, jabatan pelajaran, dan kementerian pendidikan juga. Dari sekecil-kecil perkara hingga ke perkara yang besar guru perlu menempuhinya dan tahu bagaimana menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Oleh yang demikian, jika merasakan diri tidak mampu untuk pegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik sebaiknya janganlah mengambil langkah. Hal ini kerana, pada era teknologi kini pemikiran para pelajar sering dikaitkan dengan pemikiran diluar kotak fikiran mereka. Mereka sering mengajukan soalan-soalan yang kadangkalanya tidak masuk akal namun mempunyai jawapan yang agak berprestij sehinggakan mereka mampu memberikan bukti yang kukuh berbanding pendidik itu sendiri.

Oleh itu, usah merasakan diri terlalu hebat saat bergelar ‘guru’ jika kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam diri tidak mencukupi untuk membimbing para pelajar di luar sana. Jika guru lokek dengan ilmu pengetahuan, tiada gunanya diri digelar sebagai ‘guru’. Kemahiran adalah asas bagi seseorang guru dalam menjadi role-model kepada para pelajar supaya mereka mendapat pengalaman asas sebelum mereka memulakan kehidupan di alam pekerjaan sebenar. Sebagai contoh, guru perlu melahirkan hasil kerja yang berpatutan sebelum ditunjukkan kepada para pelajar. Hal ini kerana, kemahiran tinggi yang ditunjukkan oleh guru mencerminkan keperibadian guru itu sendiri supaya pelajar bertambah semangat dalam menghasilkan produk mereka tanpa bimbingan guru. Pelajar kini sering merasakan diri cepat tercabar jika produk yang dihasilkan adalah sangat berguna dan baik. Oleh yang demikian, mereka akan terus berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik daripada apa yang dilihatnya.


 “Pembelajaran yang baik adalah belajar dari sebuah pengalaman”.

Image result for falsafah seorang pendidik

Popular Posts